Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liong Sik pertahan pendirian Pemuda MCA Pasir Gudang
Diterbitkan:  Sep 29, 2015 10:56 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik berkata beliau memahami perasaan Pemuda MCA Pasir Gudang yang telah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Jika beliau masih muda, kata Ling, beliau akan melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata Najib tidak memberikan penjelasan yang sesuai terhadap banyak isu, dan malah memuji perhimpunan baju merah pada 16 September, dengan mengisytiharkannya sebagai perhimpunan aman, dan ini telah membuat rakyat kecewa dengan PM.

Oleh itu, Ling berkata, beliau boleh memahami perasaan ahli pemuda berkenaan, demikian menurut satu laporan Sin Chew Daily.

"Sudah lama Najib telah diminta memberi penjelasan, tetapi masih tidak ada jawapan.

"Jika saya masih muda, saya juga akan mengatakan yang sama (seperti Pemuda MCA Pasir Gudang)," kata Ling semasa satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa, isu-isu seperti mengapa pembiayaan politik RM2.6 bilion politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi, tidak ada sebarang jawapan sehingga sekarang.

Bekas presiden MCA itu juga menggesa Najib menghentikan memuji perhimpunan baju merah. - Mkini English

Lihat Komen
ADS