Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tolak TPPA adalah talian hayat terakhir Umno'

Menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), akan menjadi "talian hayat terakhir" buat Umno, kata Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau juga percaya banyak NGO dan pemikir ekonomi dalam negara ini yang membantah perjanjian tersebut, yang berunding secara rahsia.

"Saya nak tarik perhatian kerajaan berkaitan TPPA. Saya tinjau sebanyak 95 peratus NGO tidak setuju kerajaan menandatanganinya.

"Saya dengar kerajaan nak tandatangani dulu. Ini songsang. Hujan naik ke langit. Sepatutnya bentang bawa Parlimen. Tak boleh tandatangan dulu," katanya.

Ibrahim juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfokuskan mengenai isu yang memberi kesan kepada rakyat dan skandal mengulit kerajaan dan kepimpinan termasuk 1MDB dan skandal dana RM 2.6 bilion.

"Kalau negarawan dan tokoh ekonomi kita tak setuju dengan TPPA. Masuk sekali dengan isu cukai barangan dan perkhidmatan, kadar duit jatuh, masalah Felda, pekerja MAS kena pecat, (skandal) 1MDB, sumbangan RM2.6 bilion

"Kalau tandatangani juga, perdana menteri tandatangani juga maka ini (menjadi) talian hayat terakhir untuk Umno," kata bekas MP Pasir Mas di Rawang hari ini.

TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas multinasional di mana AS adalah penyokong utama. Selain Malaysia, negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan termasuk Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico dan Kanada.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata draf perjanjian akan didedahkan kepada umum sebulan dari sekarang jika rundingan di Atlanta berakhir dengan memihak kepada Malaysia.

Pusingan akhir rundingan TPPA sedang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat minggu ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS