Lepas 10 tahun, gambar Apollo di atas talian
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA telah memuat naik lebih daripada 8,400 keping gambar yang diambil oleh angkasawan Apollo sepanjang penjelajahannya ke bulan.
Gambar-gambar itu, ditawarkan pada resolusi 1800 dpi, dimbas daripada gambar-gambar NASA yang diambil antara 1960-an dan 1970-an.
Koleksi itu termasuk gambar diambil di permukaan bulan oleh angkasawan dengan kamera pada baju mereka menggunakan filem.
Projek pembaikan semula gambar-gambar itu telah bermula sejak 10 tahun lepas.
Juruteknik Kipp Teague memberitahu The Planetary Society, sekitar 2004, Pusat Angkasa Johnson mula mengimbas filem daripada kamera Hasselblad Apollo.
“Gambar-gambar ini diproses dan dimuat naik ke laman web kamim, termasuk dengan penyesuaian warta dan tahap kecerahan,” katanya.
- Agensi

