2,000 berdiri, Palmyra direbahkan IS

   

Kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) di timur tengah memusnahkan binaan bersejarah hampir 2,000 tahun di bandar lama Palmyra, Syria.

Binaan berupa gerbang yang berdiri sejak zaman neolitik itu dirobohkan selepas IS merampas tempat itu Mei lalu.

Tapak itu antara tinggalan warisan empayar Roman, Parsi dan kerajaan-kerajaan timur.

Aktivis sejarah Maamun Abdulkarim memberitahu AFP , mereka menerima maklumat berhubung pemusnahan itu semalam.

“Ini sebuah pemusnahan sistematik. Mereka mahu ratakan ia sepenuhnya.

“Mereka mahu musnahkan amfiteater, deretan tiang.

"Kami bimbang keadaan seluruh kota (lama ini),” katanya sambil mendesak bantuan masyarakat antarabangsa untuk menyelamatkan Palmyra.

- Agensi

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In