Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM nafi wakil seorang rakyat Umno disiasat
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 3:08 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan suruhanjaya itu menahan, menyoal siasat atau meminta seorang anggota parlimen Umno untuk membantu siasatannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu tidak benar.

“Tidak benar,” katanya ringkas ketiak ditanya berhubung perkara itu.

Pengarah bahagian siasatan suruhanjaya itu Datuk Mohd Azam Baki turut menafikan dakwaan itu.

Sebelum itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa seorang wakil rakyat Umno, yang juga pengarah sebuah anak syarikat Felda, disoal siasat berkaitan kes salah guna kuasa.

SPRM sebelum ini menyiasat pembelian hotel di London.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS