Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA akan hantar surat aduan rasmi pada Dewan Tertinggi BN
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 9:46 PM
Dikemaskini: 10:58 PM

MCA akan menghantar surat aduan rasmi terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Surat itu berkaitan kenyataan "melempang Cina' akan diserahkan kepada Dewan Tertinggi BN, demikian menurut laporan yang disiarkan di laman web MCA.

Liow berkata, BN mesti mengambil tindakan terhadap Tajuddin untuk mengekalkan perpaduan negara, kerana kenyataannya telah menjejaskan keharmonian negara dan perpaduan.

Tajuddin, katanya, telah terus menerus menyakiti masyarakat Cina dengan kenyataan beliau, dan malah memperhebatkan lagi penafian.

"Semangat BN berpusat pada kepelbagaian, dan untuk mentadbir dengan kesederhanaan. Unsur-unsur ini telah membawa kejayaan kepada BN," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA petang ini.

"Kita mesti memastikan bahawa kita boleh melakukan yang lebih baik, dan dengan itu, kita mesti melakukan perkara yang betul. Bagi memulihkan kepercayaan itu, MCA mesti memastikan hubungan harmoni antara pelbagai kaum dan perpaduan yang didokong oleh kerajaan, dikekalkan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS