Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya PD catat IPU tak sihat setakat 9 pagi
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 10:54 AM
Dikemaskini: 2:55 AM

Kualiti udara seluruh negara menunjukkan perkembangan positif setakat 9 pagi ini dengan hanya kawasan di Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada tahap 104.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Langkawi (99); Bandaraya Melaka (98); Bukit Rambai (97); Pasir Gudang dan Banting (masing-masing 93); Sri Manjung (92); Larkin Lama (91); Pelabuhan Klang (86) dan Kangar (84).

Kawasan lain yang mencatatkan IPU dalam kategori sama ialah Seberang Jaya 2, Perai dan Kuala Terengganu (masing-masing 80); Shah Alam (79); Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (78); Putrajaya dan Balok Baru, Kuantan (masing-masing 77); Kemaman (75) dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (72).

Sementara itu, 14 kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan tahap IPU sihat antara 28 dan 49.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS