Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat kerjasama M'sia-Indonesia Jumaat ini

Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia Mengenai Kerjasama Dua Hala Ke-14, yang bermula di Kuala Lumpur pada Jumaat ini, akan membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata antara isu yang akan dibangkitkan pada mesyuarat dua hari itu ialah perdagangan dan pelaburan, penandaan sempadan, pekerja Indonesia di Malaysia serta kerjasama menangani masalah jerebu merentas sempadan.

"Mesyuarat itu juga akan meneroka bidang kerjasama baharu yang mampu meningkat dan memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia," kata kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya di Indonesia Retno L.P Marsudi akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat itu yang bakal bermula dengan mesyuarat pegawai-pegawai kanan.

Mesyuarat itu, yang diadakan secara giliran di kedua-dua negara, turut dijangka mengkaji kemajuan kerjasama dua hala berkenaan dan membuat susulan terhadap keputusan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia pada rundingan tahunan kedua-dua pemimpin.

Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia Mengenai Kerjasama Dua Hala Ke-13 telah diadakan di Jakarta pada 2 Dis 2013.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS