Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno dapat penangguhan kes saman Anina
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 12:56 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Umno berjaya mendapat penangguhan terhadap saman Anina Saadudin yang mencabar pemecatannya sebagai anggota parti itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan yang difailkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan setiausaha kerjanya Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Dengan ini, Tengku Adnan dan Rauf tidak perlu memfailkan kenyataan pembelaan mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan menetapkan 30 November untuk mendengar permohonan Tengku Adnan untuk mengetepikan saman Anina.

Perkara itu disampaikan Nantha Balan di dalam kamar ketika pengurusan kes.

Pesuruhjaya Kehakiman juga menetapkan tarikh 16 Oktober untuk Anina memfailkan afidavitnya bagi menjawab permohonan Tengku Adnan ( gambar ) dan Abdul Rauf.

Defendan harus menjawabnya sebelum 23 Oktober.

“Penghujahan bertulis berhubung perkara ini hendaklah difailkan sebelum 6 November,” kata Nantha.

Anina dipecat sebagai anggota Umno selepas menyaman presiden parti yang juga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menuntut sebahagian daripada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Anina memfailkan saman itu sebagai anggota Umno, bagi mewakili parti itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS