Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO a'bangsa mahu pemerdagangan orang M'sia dilondeh
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 2:45 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Sebuah NGO antarabangsa memfailkan permohonan bawah Akta Kebebasan Maklumat Amerika Syarikat (FOIA) supaya Washington mendedahkan maklumat berhubung kontroversi peningkatan tahap pemerdagangan orang negara ini.

Friends of the Earth berkata mereka telah memfailkan tuntutan mempercepat pendedahan semua komunikasi Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh dua tahun ini.

Kumpulan itu, disokong pelbagai NGO, bimbang AS berkompromi usahanya melawan pemerdagangan orang bagi memastikan rundingan perdagangan yang diusahakan mencapai kejayaan.

“Peningkatan tidak berasas Malaysia ini mencetuskan kebimbangan susulan kepentingan yang jelas kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Friends of the Earth.

Jabatan Negara AS pada penghujung Julai lalu menaikkan kedudukan Malaysia daripada tahap tiga dalam TIP ke senarai pengawasan tahap 2.

Laporan tahunan itu menyenaraikan kedudukan 188 negara termasuk Amerika dalam usaha menangani pemerdagangan manusia dengan memberikan satu daripada empat peringkat: tahap 1, tahap 2, senarai pengawasan tahap 2 dan tahap 3.

Menurut laporan itu, kerajaan Malaysia berusaha gigih untuk mematuhi standard minimum ke arah membanteras pemerdagangan manusia sepenuhnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS