Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas pilihan raya umum lalu, MCA dipersenda sebagai kedai serbaneka 7-11 kerana hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Jika masyarakat Cina terus mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka siong berkata, parti berkenaan mungkin menjadi "1+3D DaMaCai” apabila hanya ada satu kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN.

Dalam keadaan begitu, katanya, ia hanya akan menyukarkan lagi MCA memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina dalam kerangka BN.

"Jika MCA mengalami satu lagi kekalahan teruk dalam pilihan raya umum akan datang, peluang untuk berjaya memperjuangkan tuntutan sah komuniti Cina sama seperti menang loteri," katanya dalam ucapan mesyuarat agung tahunan Pemuda MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, kata Wee, komuniti Cina menyokong DAP tetapi gagal mendapat sebarang manfaat.

"Apaboila pakatan pembangkang terus bercakaran, mereka akan kehilangan kerusi kawasan bandar juga.

"Umno yang menjadi parti tunggal terbesar di Dewan Rakyat kemungkinan besar kekal begitu selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS