Saban tahun, ribuan pelarian menyabung nyawa merentasi lautan dengan kapal yang daif untuk tiba ke negara yang lebih selamat dan makmur.

Walau kerajaan tidak menandatangani konvensyen antarabangsa yang mengiktiraf hak pelarian di negara ini, terdapat lebih 150,000 orang pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Kami berkongsi kisah pelarian ini melalui satu tema pokok yang menyatukan kita semua – makanan.


Di Somalia, hari Jumaat memberi peluang kepada warganya untuk bertemu dan beramah mesra.

Selepas sembahyang, kaum lelaki menjemput sahabat handai mereka ke rumah untuk menikmati juadah.

Biasanya, juadah yang disediakan itu amat sedap-sedap belaka. Mereka akan bergilir-gilir membuat jamuan.

Di Malaysia, lain halnya bagi Salahuddin. Beliau tiada tempat dalam masyarakat di sini dan tiada kampung halaman.

Warga di sini hidup sendirian untuk menjaga keselamatan masing-masing. Makanan lebih mahal di sini dan mereka tidak mampu membuat jamuan dengan pelbagai juadah seperti di negeri asal.

[Baca berita asal]

Ikuti Malaysiakini di Instagram