Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, sekiranya cubaan menjatuhkan perdana menteri merupakan tindakan jenayah, pihak bertanggungjawab sepatutnya turut menangkap pembangkang kerana mereka cuba untuk menjatuhkan kerajaan.

"Jika seseorang dikatakan cuba untuk jatuhkan perdana menteri dan itu dikatakan sebagai sabotaj atau pengganas, jadi saya rasa untuk menjatuhkan kerajaan lebih macam pengganas.

“Jadi anda perlu keluar dan tangkap semua pembangkang.

"Nampaknya untuk menjatuhkan kerajaan bukanlah jenayah tetapi nak jatuhkan perdana menteri adalah jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama yang turut dihadiri antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penahanan peguam Matthias Chang dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Mahi PM turun, tapi BN kekal

Sementara itu, sebelum sidang media tamat, bekas menteri kabinet itu menerangkan, mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan di samping BN kekal memerintah negara ini.

Katanya, dengan situasi sekarang, amat mudah untuk pembangkang menjatuhkan kerajaan dan Najib.

Namun, apa yang dilakukan oleh Sanusi dan pemimpin lain pada sidang media hari ini bertujuan untuk menyingkirkan individu yang memberi masalah kepada negara.

"Saya mesti menerangkan sikit. Senario keseluruhan sekarang ini ialah mudah untuk pembangkang menjatuhkan kerajaan. Dalam kes kami, kami mahu Najib turun tetapi kami mahu Umno dan BN menang.

"Jika kita mahu Umno dan BN kalah, sangat mudah untuk turunkan Najib. Jadi, kami mahu Umno memerintah dan kekal mengetuai negara bersama BN tetapi kita cuma mahu mengeluarkan orang yang memberi masalah kepada negara," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS