500 tandatangan sokong pelajar USM
Para pemimpin pembangkang hari ini menyatakan sokongan mereka kepada pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM) yang dituduh melanggarkan peraturan universiti itu kerana terbabit dalam kempen dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Para pemimpin pembangkang hari ini menyatakan sokongan mereka kepada pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM) yang dituduh melanggarkan peraturan universiti itu kerana terbabit dalam kempen dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Naib Ketua Pemuda DAP Chong Chieng Jen turut menurun tandatangan mereka di petisyen menyokong pelajar berkenaan, Soh Sook Hwa.
Ianya disaksikan oleh 20 pelajar universiti yang hadir di lobi Parlimen pagi ini bagi Soh. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan, yang telahpun menandatangani petisyen itu sebelumnya, turut hadir.
Ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu menggesa supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang menghalang pelajar daripada menyertai parti politik, dihapuskan, serta menggesa pihak USM supaya menggugurkan dakwaan terhadap Soh.
Menurut Chong, kerajaan sepatutnya menggalakkan penyertaan meluas golongan belia dalam politik.
"Auku bertentangan dengan matlamat untuk menggalakkan kesedaran belia dalam politik," katanya dalam satu sidang akhbar.
Salahuddin pula mengulangi gesaannya supaya Auku dikaji semula untuk melihatkan relevennya terhadap kehidupan masyarakat hari ini.
Tanda Hitam
Manakala Wan Azizah pula menyifatkan tindakan menghukum pelajar yang memperlihatkan minat dalam politik, sebagai satu langkah ke belakang.
"Ia akan menjadi satu tanda hitam dalam pentabiran baru sekarang yang dianggap sebagai lebih terbuka," tambahnya.
Rombongan pelajar tersebut diketui oleh gabungan yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM).
Jurucakap SMM Naim Jusri berkata, gabungan itu telah mengumpulkan kira-kira 500 tandatangan sebagai menandakan sokongan mereka kepada Soh. Ianya kemudiannya akan diserahkan kepada pihak pentadbiran USM.
Soh, yang merupakan pelajar tahun akhir bidang kewartawanan dan juga bekas wakil pelajar, telah didakwa melanggarkan Seksyen 15 Akta Auku dan mencemarkan imej universiti.
Beliau akan menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Jamaluddin Mohaiadin Rabu ini. Jika didapati bersalah oleh jawatankuasa tersebut, Soh menghadapi kemungkinan disingkirkan daripada universiti tersebut.
Soh juga merupakan presiden Persatuan Bahasa Cina USM.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.