Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tan ingatkan rakan-rakan berhati-hati...
Diterbitkan:  Oct 15, 2015 2:48 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang hari ini memberi nasihat kepada rakan-rakan di twitter supaya berhati-hati dan menjaga ‘belakang’ mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Ahli Majlis Tertuinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR hari ini.

Bagi Tan, keputusan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Saifuddin sering-kali begitu kritikal terhadap kerajaan berhubung beberapa isu termasuk 1MDB.

Malah, bekas timbalan menteri Umno itu juga duduk sepentas pada majlis pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini sehingga menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.

Mengulas perkembangan itu, Tan berkata Saifuddin menghantar mesej yang jelas dengan menyertai PKR dan bukannya DAP.

Beliau juga berkata dirinya tidak sama sekali akan menyertai parti politik yang dipimpin oleh pesalah laku seks.

I would never join a party led by a convicted sexual offender. We should take care our back too. Friendly advice https://t.co/cmR3lfCjLI

— Tan Keng Liang (@tankengliang) October 15, 2015

Tan merujuk kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkuk di Penjara Sungai Buluh bagi menjalanai hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Anwar mendakwa tuduhan meliwat itu seperti kes kali pertama adalah bermotifkan politik tetapi seteru politiknya menafikan perkara berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS