Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nurulhidayah dan vape: Jangan sampai menghina
Diterbitkan:  Oct 16, 2015 5:55 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial.

Kali ini, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjadi perhatian selepas memuat naik gambar rokok elektronik atau vape di laman Instagram miliknya.

Nurulhidayah memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen: "Jangan pernah tinggalkan rumah tanpa dua mesin yang genius ini" dan ia menerima pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial itu.

Ada antara mereka memuji tindakan Nurulhidayah, 36, yang menghisap rokok elektronik berperisa itu tetapi ada juga yang mengecam.

Selepas itu, Nurulhidayah kemudian memuat naik dua lagi gambar, dengan salah satunya memaparkan tiga mod vape yang tersusun dengan kapsyen: "Bukan untuk dijual" beserta hashtag #vapeon #mymod.

Kemudian, beliau memuat naik pula sebuah lagi gambar yang bertulis "Vape" dengan kapsyen "Apa orang nak cakap pasal vape itu hak peribadi tapi jangan sampai menghina".

Pembenci sentiasa membenci

Antara komen yang diterima oleh anak perempuan naib presiden Umno itu ialah daripada seorang pengguna Instragram yang bernama Wanyrashid yang menulis: Datuk sebagai ikon belia, ini bukan contoh yang terbaik. Jika Datuk tak nak orang bersangka jahat pada Datuk, Datuk tak perlu memuatnaik gambar ini. Orang tak akan sangka jahat tentang awak. Ingat, anda ialah ikon belia. Tunjukkan sesuatu yang baik kepada kami.

Komen Wanyrashid itu turut dipersetujui oleh Mizaghazali.

Namun, komen itu dibalas oleh Nurulhidayah dengan mengatakan bahawa: Salam @wanyrashid @mizaghazali. Saya tak pernah dinobatkan sebagai ikon belia. Saya bukan muat naik gambar saya sedang bervape. Vape adalah hak individu. Dan saya bukan hipokrit. Saya selesa berkongsi hobi saya pada mereka yang bersifat terbuka. Untuk mereka yang di sebaliknya, saya mengambil langkah 'abaikan'. Hidup kita bukan ditentukan oleh manusia lain.

"Saya akan teruskan dengan apa yang saya suka. Pembenci akan sentiasa membenci tidak kira anda baik macam mana sekalipun. Dunia kan? Biarlah. Terima kasih diatas keprihatinan anda. Semoga hari ini baik untuk anda".

Sebelum ini, Nurulhidayah menerima kritikan di media sosial berikutan kenyataannya yang menyifatkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai "kerja bodoh".

Kenyataan Nurulhidayah kemudian mendapat pelbagai reaksi dan turut "ditegur" oleh seorang pendebat terbaik Asia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS