Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bomba: 14 terperangkap insiden kepala air di Sg Chiling
Diterbitkan:  Oct 19, 2015 5:49 AM
Dikemaskini: Oct 19, 2015 3:21 AM

Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat ibu negara malam tadi.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7 malam.

"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada jam 10.45 malam," katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS