Saifuddin Abdullah ketuai sekretariat Pakatan Harapan

   

Bekas pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR baru-baru ini dilantik sebagai ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan.

Bekas timbalan menteri itu diberi bertanggungjawab menerajui urus setia itu berkuat kuasa serta-merta, menurut kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat gabungan pembangkang itu yang bermesyuarat kali pertama hari ini.

Ia dikeluarkan oleh ketiga-tiga pemimpin kanannya iaitu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Saifuddin sebelum ini hadir dalam mesyuarat pembentukan Pakatan Harapan, menyebabkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Umno, parti beliau ketika itu.

Sementara itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan turut meluluskan belanjawan Pakatan Harapan yang akan dilancarkan oleh Azizah sebagai ketua pembangkang pada 21 Oktober di parlimen.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan belanjawan 2016 pada 23 Oktober, dua hari selepas itu.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu perjanjian pakatan dan dasar bersama yang akan dianggotai seorang wakil daripada setiap parti.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In