'Mesyuarat PAC akan datang tentukan nasib Pua'

Kow Gah Chie        

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru, Datuk Hasan Ariffin berkata mesyuarat PAC yang akan datang akan menentukan nasib Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung keanggotaannya dalam jawatankuasa tersebut.

Ahli Parlimen Rompin itu memberitahu pemberita bahawa jawatankuasa tersebut akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat pertamanya selepas beliau dilantik sebagai pengerusi PAC.

Pua, yang lantang mengkritik lantang 1MDB, sering dikritik kerana membuat kenyataan umum dan dakwaan mengenai firma itu sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.

Pelbagai pihak menyifatkannya sebagai melanggar etika dan menggesa Pua digugurkan daripada PAC.

Bagaimanapun, Hasan berkata, beliau tidak boleh membuat keputusan berdasarkan persepsi terhadap Pua dan perlu tunggu sehingga ia dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Sementara itu, pengerusi baru PAC itu menyifatkan pelantikannya sebagai satu cabaran tetapi menegaskan bahawa seseorang perlu memikul tanggungjawab itu. Baca berita penuh

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In