Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi tak percaya: Pakatan bersandiwara, kata Umno
Diterbitkan:  Oct 20, 2015 1:29 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee percaya pembangkang hanya bersandiwara dalam mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.

Menulis di blog, katanya, isu itu jelas menunjukkan pembangkang sengaja mencetuskan propaganda bagi membangkitkan keresahan rakyat terhadap kerajaan BN.

“PKR dan DAP bertelagah pendapat dalam siapa yang akan bawa usul tersebut dan ini memperlihatkan seolah-olah mereka hanya bersandiwara.

“Pakatan Harapan sendiri pun huru-hara, bagaimana pula mereka mampu mentadbi-uruskan negara ini sebaik mungin sepertimana yang telah dilakukan oleh Umno dan BN,” katanya.

Semalam, susulan bantahan DAP, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersetuju untuk memfailkan sendiri usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkeras mahu anggota parlimen PKR Hee Loy Sian menarik balik usulnya mengenai perkara itu kerana ia harus dibentangkan ketua pembangkang.

Lim berkata, usul itu tidak harus dikemuka oleh anggota parlimen biasa kerana ia perkara penting dan “bukan main guli”.

Hee bagaimanapun berkata "Lim Guan Eng bukan bos saya."

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata Pakatan Harapan bukan sebuah gabungan yang mampu membela nasib rakyat sebaliknya akan melebarkan jurang perpecahan di kalagan masyarakat pelbagai kaum.

“Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP berkisar kepada politik rasis, tidak menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa pakatan rapuh itu hanya bagi meneruskan agenda politik DAP yang memperkudakan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Lihat Komen
ADS