Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua baru akui PAC tiada kuasa pecat Pua
Diterbitkan:  Oct 20, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Pengerusi baru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin menjelaskan bahawa jawatankuasa itu tidak mempunyai kuasa untuk memecat Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Menurutnya, hanya Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen yang turut dianggotai pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang boleh memecat Pua daripada PAC.

"Kami tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir beliau (Pua), ia bukan di bawah bidang kuasa kami, cuma kita nak bincang prinsip integriti jawatankuasa dan integriti anggota PAC," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Hasan berkata mesyuarat PAC seterusnya akan membincangkan nasib Pua berhubung kelantangan dan kritikan serta dakwaan berterusannya mengenai 1MDB.

Hasan yang juga adalah Ahli Parlimen Rompin berkata apa yang beliau maksudkan adalah PAC akan mengadakan perbincangan tertutup mengenai etika anggotanya dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Pua.

Diasak wartawan, Hassan berkata PAC itu tidak mempunyai agenda untuk menghapuskan pemimpin DAP itu dan smenafikan beliau tidak bersungguh untuk mengadakan mesyuarat pertama PAC.

"Saya fikir dalam minggu ini Jawatankusa Pemilih Parlimen akan melantik baki anggota PAC dan ya kami akan mengadakan mesyuarat pertama, lepas dapat nama saya akan panggil segera (mesyuarat)," katanya.

Dalam nada menyindir, beliau turut berterima kasih kepada Lim yang menawarkan nasihat percuma kepadanya mengenai cara menerajui PAC.

Awal hari ini, Lim menggesa Hasan memberi tumpuan mencari kebenaran berhubung skandal 1MDB dan bukannya terbabit dalam agenda untuk menyingkirkan Pua ( atas, kiri ).

Pua sendiri mendakwa bahawa BN mempunyai agenda untuk menggugurkan keahlian daripada PAC yang sedang menyiasat 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS