Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Tetapkan TNB tak bayar lebih RM8b beli Edra

Ahli parlimen PKR Rafizi Ramli mahu memfailkan usul untuk menetapkan harga siling RM8 bilion sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu membeli Edra Global Energy Bhd.

Katanya, tindakan itu bagi menyelamatkan TNB daripada terjebak dengan beban kewangan berbanding dengan cubaan menyelamatkan 1MDB yang kini sarat hutang.

"1MDB membelanjakan sebanyak RM12 bilion untuk membeli 13 pengeluar tenaga bebas (IPP) tiga tahun lalu, walaupun nilai pasaran mereka adalah RM8.7 bilion," katanya.

1MDB yang memiliki Edra membayar bayaran premium sebanyak RM3.3 bilion kepada kedua-dua Genting Sanyen dan ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan, katanya.

"Aset itu telah usang, jadi nilai pasarannya kurang daripada RM8.7 bilion," katanya di lobi Parlimen.

"Oleh itu, saya mencadangkan kepada Parlimen agar menetapkan harga siling yang perlu dipatuhi dalam perjanjian pembelian itu.

"TNB perlu menarik balik diri daripada tawaran itu jika 1MDB enggan menjual aset tenaganya pada harga di bawah RM8 bilion," katanya.

Menurut Rafizi lagi, usul itu akan difailkan pada Selasa depan dan dijangka dimasukkan dalam kertas perintah parlimen.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS