Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH selar kekalutan, tuntut Pakatan tolak bajet
Diterbitkan:  Oct 21, 2015 4:44 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH membidas Pakatan Harapan kerana tidak bersepakat dalam dalam membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa gabungan pembangkang membetulkan kesilapan mereka dengan menolak bajet yang bakal dibentangkan Jumaat ini.

"Adalah mengecewakan bahawa Pakatan Harapan dan PAS tidak menghormati hasrat rakyat untuk menyelaraskan usaha bersepadu (untuk membentang undi tidak percaya).

"Cukup mengecewakan juga adalah kedudukan PAS yang tidak jelas sama ada menyokong atau tidak usul itu jika dibentangkan.

"BERSIH menggesa pembangkang menunjukkan komitmen 100 peratus untuk mengundi menolak bajet pada setiap peluang yang ada kerana ia ibarat undi tidak percaya," kata badan itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH juga menggesa whip parti pembangkang untuk memastikan semua ahli parlimen mereka hadir semasa perbahasan bajet dan menolaknya pada 'setiap peluang’ yang wujud.

"Sama ada atau tidak usul itu diluluskan, mesti ada rekod mengenai sokongan atau tentangan supaya pengundi boleh membuat keputusan pada pilihan raya akan datang," kata badan itu lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS