Adenan ikrar Sarawak tak berpisah dari Malaysia

   

Sarawak menolak persepsi negatif kononnya negeri itu menuntut lebih kuasa autonomi daripada kerajaan Persekutuan sebagai petanda negeri itu mahu keluar dari Malaysia.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak tetap setia bersama Malaysia dan tidak akan melayan tuntutan pemisahan oleh mana-mana pihak.

"Salah satu sebab kami mahu lebih kuasa autonomi kerana mahu mengurus pentadbiran negeri dengan lebih cekap dalam bidang-bidang tertentu," katanya ketika merasmikan projek Jambatan Sungai Sibuti bernilai RM26 juta, di Miri hari ini.

Adenan berkata, kerajaan negeri akan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta daripada kerajaan Pusat bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur untuk lebih 5,000 buah kampung di seluruh negeri itu.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut termasuk pembinaan jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In