BNBBC: Jumlah cukup pastikan bajet lulus
Majis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin terdapat cukup anggota parlimen parti pemerintah untuk memastikan undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak berjaya.
“Saya fikir ini cuma permainan. Kami masih ada (sokongan cukup). Saya yakin,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen.
Shahrir mengakui mungkin terdapat anggota parlimen BN tidak menyokong belanjawan tetapi menegaskan bahawa golongan itu hanya segelintir.
Tidak berasa ada yang akan melawan arus, beliau bagaimanapun berkata mungkin ada yang tidak mengambil bahagian dalam undi meluluskan belanjawan.
Bagaimanapun, jika belanjawan tidak diterima dewan, ia pasti memberi kesan besar kepada negara ini.
Beberapa pihak melihat jika belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak ditolak, ia sama kesannya seperti undi tidak percaya.
Usul tidak percaya terhadap Najib dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.