Mahkamah Persekutuan dengar cabaran Khairuddin 3 Nov
Diterbitkan: Oct 23, 2015 10:00 AM | Dikemas kini: Oct 23, 2015 12:32 PM
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 November untuk mendengar soalan perlembagaan yang ditimbulkan oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Pendaftar menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak pendakwaan dan peguam hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud memberitahu pemberita mengenai keputusan itu selepas pertemuan dalam kamar hari ini.
Khairuddin dan Chang sedang ditahan berhubung laporan polis terhadap skandal 1MDB.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.