MP: Pembayar cukai jangan terlalu seronok
Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disambut dengan pelbagai reaksi dari blok pembangkang dan penyokong kerajaan di media Twitter.
Pengarah strategik Parti Amanah Nasional (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad:
“Rakyat jangan seronok sangat sebab akan dicukai sebanyak RM39 bilion dari cukai barang dan perkhidmatan (GST) 2016 nanti. Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terakhir 2014 hanya jana RM17bilion. Cekik dari Rakyat RM22b lagi.
“PM jangan mudah-mudahkan kata tuntutan maqasid syariah tertunai sebelum tabiat boros, tadbir-urus sarat ketirisan-rasuah dan jurang kaya-miskin berleluasa".
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar:
"Gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut - Najib Razak. Banyak sangat peribahasa, sebut sajalah nama Tun Mahathir.
"Gunting dalam lipatan / musuh dalam selimut" - @NajibRazak . Banyak sangat peribahasa , sebut je nama Mahathir. #Bajet2016
— Nurul Izzah (@n_izzah) October 23, 2015
"Kenaikan gaji kakitangan awam sejumlah RM1.1 bilion. Hebat, tapi tidak dapat menyaingi derma RM2.6 bilion yang PM Najib Razak terima Bajet 2016".
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan:
“Sebagai menteri KPKT, saya gembira dengan Bajet 2016. Sebagai rakyat Malaysia Sabah, saya sangat-sangat gembira.
“Mengiyakan janjinya, PM beri Sabah banyak manfaat dari Bajet 2016. RM1 bilion untuk bas Rapid Transit. RM12.8b untuk fasa pertama Pan Borneo”.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin:
“Pengumuman bagus yang akan memberi kesan baik kepada nilai kekeluargaan dan kepada mereka yang jaga ibu bapa, (ibu bapa) berikan kita segalanya Bajet 2016,” tulisnya.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
