Salleh ingatkan Muhyiddin pada era Pak Lah

   

Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengkhianati perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkannya.

Menteri Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata demikian untuk mengingatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salleh dalam blognya malam tadi mengingatkan kepada kenyataan Muhyiddin semalam bahawa beliau bukan gunting dalam lipatan.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukannya demi kebaikan parti dan bukan untuk memusnahkan Umno.

Salleh bagaimanapun mempersoal tindakannya yang didakwa memberi modal kepada pembangkang untuk menyerang parti.

Membandingkan bulan-bulan terakhir Abdullah sebagai perdana menteri pada 2009, Salleh berkata Muhyiddin tidak berbuat apa-apa pun untuk mempertahankan bekas perdana menteri itu.

“Mungkin Muhyiddin lupa bahawa bila Mahathir bukan lagi perdana menteri dan mula mengkritik Abdullah, hanya Najib yang mengisytiharkan kesetiaannya kepada Abdullah.

“Muhyiddin, bagaimanapun, tidak cakap atau berbuat apa-apa untuk pertahan Abdullah,” kata Salleh.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In