'Kos pesawat Najib sepanjang enam bulan - RM40.8 juta’

   

PARLIMEN Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendakwa pesawat yang digunakan oleh kerajaan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang enam bulan lalu menelan perbelanjaan kos RM40.8 juta.

Katanya, jet ACJ320 milik kerajaan itu membuat 42 penerbangan di antara bulan April dan 2015 September.

Beliau menganggarkan sepanjang tempoh berkenaan, kerajaan membayar RM13.3 juta bagi sewa, RM23 juta untuk operasi, penyelenggaraan dan pengurusan manakala RM4.5 juta lagi bagi penerbangan.

"Jika angka-angka ini tidak betul, saya mengalu-alukan kerajaan untuk memberi angka sebenar.

"Jika tidak, kami akan mengandaikan bahawa angka-angka ini adalah betul," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi memberikan anggaran jumlah RM40.8 juta selepas kerajaan enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk pesawat Najib sepanjang enam bulan itu.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sekadar mendedahkan bahawa pesawat itu membuat 42 penerbangan membawa Yang di-Pertuan Agong, Najib dan timbalannya ke majlis rasmi.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In