Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk lancar tabung bantu ayam beli paruh
Diterbitkan:  Oct 26, 2015 4:21 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Sebuah bandar kecil di Lanchester, United Kingdom, baru-baru ini melancarkan tabung bagi membantu seekor ayam membeli paruh baru.

Mengikut laman web Mirror.co, tabung itu bagi membantu ayam yang dinamakan Kapten Beaky yang menghadapi mengalami masalah untuk makan dengan sendiri tanpa bantuan.

Ini kerana menurut pemilik ayam itu, Tina Wilkinson, paruh di bahagian bawah Kapten Beaky ‘membengkok’ dan tidak sempurna sejak dilahirkan.

“Kapten Beaky perlu memasukkan mukanya ke dalam bekas makanan bagi menolak makanan masuk ke dalam mulutnya. Satu situasi yang menyedihkan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Saya mengambil inisiatif membuka tabung berkenaan bagi membolehkan Kapaten Beaky menikmati hidup seperti ayam biasa,” kata Wilkinson.

Tambahanya, sejak tabung itu dilancarkan, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Beliau berharap hasratanya membeli paruh baru bagi ayam itu akan tercapai dalam masa terdekat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS