Thaksin akan bertemu Pak Lah mengenai ketegangan di Selatan Thai

   

Perdana Menteri Thailand akan menemui pemimpin Malaysia dan Indonesia untuk menerangkan keenggannya membenarkan Sidang Kemuncak Asean membincangkan pergolakan di wilayah umat Islam di selatan negara itu.

Pertemuan itu itu diatur atas permintaan Thailand, kata seorang pegawai Kementerian Luar yang enggan disebut namanya.

Perdana Menteri Thaksin Shinawatra mengancam akan memulaukan Sidang Kemuncak Asean mulai hari ini jika ia membincangkan isu tersebut, yang mendapat dikritik hebat di Malaysia.

Khamis lalu, Thaksin berkata selaras dengan dasar Asean yang tidak membenarkan campurtangan dalam halehwal dalam negeri 10 negara anggotanya, maka pergolakan di Selatan Thai yang telah mengorbankan 550 nyawa setakat ini, tidak harus dibincangkan.

Kebimbangan di Malaysia dan Indonseia dua negara majoriti Umat Islam mengenai keganasan di wilayah selatan Thai, memuncak apabila 87 umat Islam mati kelemasan semasa ditahan dalam lori tentera selepas mereka ditahan kerana mengadakan tunjuk perasaan.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In