Dong Jiao Zong (DZJ), sebuah badan pendidikan Cina, telah menyiapkan memorandum mengenai bahasa ibunda untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Memorandum itu disiapkan sebelum piliharanya umum (Mac lalu) tetapi kami mahu mengemukakannya sendiri kepada Pak Lah sekira kami (dapat) bertemu dengan beliau.

"Ia bagi mencerminkan keikhlasan kami dan kami bukan golongan pelampau sepertima yang dituduh oleh bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad)," kata Pegawai Eksekutif DJZ Bock Thai Hee ketika dihubungi.

Katanya, fokus utama memorandum itu ialah mendesak kerajaan supaya mengiktiraf sumbangan pendidikan bahasa ibunda.

"Dengan mengiktiraf sumbangan dan status pendidikan bahasa ibunda, maka kami berharap supaya Akta Pendidikan akan dipinda (sesuai dengan tujuan tersebut)," tambahnya.

Katanya, kandungan memorandum itu juga turut membangkitkan "beberapa isu lama" seperti kekurangan sekolah rendah Cina, pengiktirafan bagi Sijil Unified Examination, pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan autonomi lembaga pengarah Sekolah Cina.

Tunggu temujanji

"Pihak kerajaan patut melayan pendidikan bahasa ibunda dengan adil, tidak kira bahasa apa yang digunakan," katanya.

Bock berkata, badan tersebut sudah menghantar banyak permintaan ke pejabat Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dengan beliau, tetapi belum mendapat sebarang jawapan.

Ditanya sama badan itu akan meminta bantuan MCA untuk menguruskan perjumpan dengan Perdana Menteri, beliau berkata, Dong Jiao Zong akan menguruskannya sendiri.