Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Pua cabar Arul berdebat, minta tak beri alasan bodoh

Kow Gah Chie

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini mencabar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya menghenti memberi ‘alasan bodoh’.

Sebaliknya, beliau mencabar Arul Kanda supaya berdebat dengannya dalam siaran langsung berhubung isu 1MDB yang kini sarat hutang.

Katanya, oleh kerana Arul Kanda kerap mempersenda dan membidasnya di media, ia peluang terbaik bagi bos 1MDB itu bagi melontarkan tuduhan berkenaan secara langsung.

"Takkan belia sanggup lepaskan peluang untuk memalukan saya," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengulas kenyataan Arul Kanda bahawa beliau akan menerima cabaran berdebat jika Pua berundur sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Neagara (PAC), pemimpin DAP itu berkata ia adalah 'alasan bodoh'.

"Ini adalah penghinaan secara terang-terangan terhadap PAC dan Parlimen," katanya.

Arul Kanda dalam kenyataan medianya berkata, peletakan jawatan Pua perlu bagi memelihara integriti PAC yang ketika ini sedang menyiasat 1MDB bagi mengelakkan konflik kepentingan.

"Umum mengetahui Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC.

“Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan ‘executioner' atau orang yang menjalankan hukuman ke atas pesalah sekali gus.

"Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung secara langsung di kaca televisyen," petik kenyataannya itu.

[Baca berita penuh]