Nazri mahu Pua undur dari PAC sebelum wawancara Arul
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz juga mahukan Ahli Parlimen DAP Tony Pua meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum mewawancara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Pua mesti letakkan jawatan kerana beliau adalah ahli PAC yang sedang menyiasat (1MDB)," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen.
"Jika tidak, berlaku konflik kepentingan. Semudah itu," katanya.
“Pua mestilah seorang yang berkecuali sebelum menjadi pengacara bagi menemubual Arul Kanda secara langsung," katanya.
Pua sebelum ini mencabar Arul Kanda supaya berdepan dengannya dalam temuramah langsung.
Katanya, alasan bahawa Arul Kanda akan hanya menerima cabaran itu dengan syarat Pua berundur dari PAC adalah 'bodoh' dan penghinaan secara terang-terangan terhadap jawatankuasa itu dan Parlimen.
Arul Kanda dalam kenyataan medianya berkata, peletakan jawatan Pua perlu bagi memelihara integriti PAC yang ketika ini sedang menyiasat 1MDB bagi mengelakkan konflik kepentingan.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.