'PM ada percanggahan kepentingan, bukan anggota PAC'
Sebarang dakwaan percanggahan kepentingan dalam siasatan 1MDB harus dihalakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Tony Pua berkata demikian bagi menolak kenyataan menteri Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu, sebagai anggota PAC, mempunyai percanggahan kepentingan jika mahu berdebat dengan presiden 1MDB.
Nazri menyokong gesaan presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya Pua berundur daripada PAC yang sedang menyiasat kontroversi sekitar itu itu.
“Perdana menteri, yang juga menteri kewangan, yang terkait secara langsung dalam skandal 1MDB,” kata Pua.
Justeru, kata Pua, Nazri patut meminta Najib meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya bercuti supaya siasatan dapat berlangsung dengan bebas.
Cabaran debat itu dilontarkan Pua selepas tidak berpuas hati dengan wawancara Arul dengan Bernama TV kelmarin, yang disifatkannya kempen perhubungan awam menggunakan “jawapan kitar semula”.
Pua antaranya berkata Arul tidak menjelaskan dengan sempurna apa sebenarnya “unit dana” di Bank BSI di Singapura.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.