Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pindah kuasa mendakwa AG, kata G25
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 3:30 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

Kumpulan moderat Melayu G25 mahu kuasa-kuasa pendakwaan Peguam Negara dipindahkan ke pejabat berkecuali Pengarah Pendakwa Raya.

Menurut kenyataan medianya, Pejabat Peguam Negara tidak boleh berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dan juga pendakwa raya.

"Terdapat percanggahan asas kepentingan dalam fungsi dan kuasa Peguam Negara yang membolehkan beliau bertindak bertentangan dengan kepentingan negara.

"Ia adalah tadbir urus yang lemah bahawa Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan Malaysia dan juga arbitari muktamad berhubung keputusan untuk mendakwa," kata G25 .

G25 berkata demikian sebagai mengulas keengganan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa 1MDB untuk memberikan maklumat yang tidak tepat dan tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat ketika memohon kelulusan daripada Bank Negara untuk pelaburan luar negara.

Ini di sebalik cadangan bank pusat untuk bertindakterhadap 1MDB, yang ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

Keputusan itu dibuat oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada bulan Julai lalu.

Abdul Gani yang menyelaraskan beberapa siri siasatan ke atas 1MDB, secara tiba-tiba digugurkan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan mereka yang lantang membidasnya.

Memandangkan kejadian itu, G25 juga mahu jaminan lebih besar berhubung pelantikan dan penyingkiran Peguam Negara dan cadangan mewujudkan Pengarah Pendakwa Raya (DPP).

"G25 mengesyorkan bahawa perlantikan Peguam Negara dan DPP seharusnya berada di dalam cara yang sama seperti pelantikan seorang hakim atau Ketua Audit Negara.

"Dalam erti kata lain, dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS