Penduduk Broga ikrar akan selamatkan kawasan tadahan air
Penduduk Broga berikrar akan meneruskan perjuangan mereka untuk mengekalkan sebahagian daripada kawasan tanah air di situ yang telah diluluskan untuk tapak pembinaan loji insinerator berkapasiti 1,500 tan, yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2007.
Penduduk Broga berikrar akan meneruskan perjuangan mereka untuk mengekalkan sebahagian daripada kawasan tanah air di situ yang telah diluluskan untuk tapak pembinaan loji insinerator berkapasiti 1,500 tan, yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2007.
Kerajaan merancangkan menjadi Broga tempat pelupusan sampah yang kini dilupuskan di kawasan tanaman pelupusan sampah-sarap di Puchong, Loji insinerator tersebut akan membakar sampah sarap yang dikutip di kawasan bandaraya dan Selangor.
Jawatankuasa bertindak menentang pembinaan Insinerator di Semenyih/Broga telah membantah cadangan pembinaan loji insinerator bernilai RM1.5 juta itu dalam kawasan hutan simpanan yang juga merupakan sumber bekalan air bagi berjuta-juta pengguna di Lembah Klang.
Sehingga ini, segala desakan penduduk dan parti-parti pembangkang supaya projek itu dibatalkan, tidak diperdulikan oleh terbabit.
Kerajaan juga masih terus berdiam diri mengenai butir-butir terperinci berhubung kontrak tersebut sejak projek itu dipindahkan ke Broga pada bulan November 2002.
Kelmarin, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lokman Hakim Mohamad dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata projek Broga akan diteruskan jika pihak kontraktor memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bersama surat tawaran yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.
Kelulusan bersyarat
Walaupun Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting telah berjanji untuk menyiasat rekod prestasi Syarikat Ebara Corp kontraktor utama projek tersebut yang didakwa agak mencurigakan di Jepun serta laporan-laporan lain media mengenai amalan rasuah, tetapi sehingga sekarang beliau tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya.
Syarat-syarat tersebut dipercayai adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama surat kelulusan bersyarat jabatan tersebut berhubung Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) Mei lalu.
Laporan tersebut memetik Lokman sebagai berkata projek tersebut akan diteruskan sekiranya kontraktor terbabit menerima syarat-syarat yang ditetapkan itu hujung bulan ini. Jika tidak, kerajaan akan menentukan langkah seterusnya.
Beliau juga tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya tetapi berkata, kementeriannya, sebagai pendokong projek tersebut, tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menangguhkan pembinaannya, malah akan memastikan ia segera disiapkan memandangkan kawasan pelupusan sampah di Puchong dijadualkan ditutup bulan depan.
Lokman tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut mengenainya. Syarikat Ebara Corp yang beribupejabata di Tokyo mendapat kontrak itu Februari tahun lalu apabila kerajaan membuat pesanan membeli peralatan pembinaannya. Ebara dilantik untuk merekabentuk, membina dan mengendalikan operasi loji tersebut.
Bagaimanapun, ia menghadapi masalah awal tahun ini apabila kerajaan Malaysia merasakan ia tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, khususnya mengenai program pemindahan teknologi.
Melanggar undang-undang
Wakil Ebara di Malaysia tidak pernah dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.
Ketika melahirkan rasa kecewanya terhadap perkembangan terbaru ini, pengerusi jawatankuasa kecil Broga, Dr Zulkefly Mohamad Omar berkata penduduk di situ telah memperbaharui azam mereka untuk membantah pembinaan loji tersebut.
Keputusan kerajaan itu, katanya, menunjukkan ia tidak memperdulikan kesejahteraan hidup rakyat, khususnya di kawasan terbabit
"Persoalannya, ialah mengapa bina sesuatu yang amat berisiko tinggi di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air, sedangkan ia jelas melanggar undang-undang berkaitan dengannya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
"Lagi pula, kami sentiasa menegaskan bahawa kerja pelupusan sampah adalah tanggungjawab majlis perbandaraan kawasan masing-masing. Jadi mengapa perlunya membawa sampah dari semua tempat di Selangor dan Kuala Lumpur untuk dilupuskan di Broga dan kawasan sekitarnya?"
Langkah kerajaan mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat yang sama yang dicemari dengan pelbagai dakwaan, kata Zulkefly, pastinya akan menimbulkan tandatangani kepada banyak pihak.
Kaedah alternatf
Tindakan undang-undang yang difailkan oleh jawatan kecil tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam November lalu masih lagi menunggu untuk dibicarakan.
"Mahkamah sentiasa menangguhkan kes kami, dan kami tidak faham mengapa. Kami akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara (Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim) mengapa kes sepenting itu, lewat didengar," kata Zulkefly.
Kempen menentang pembinaan loji insinerator Broga mendapat sokongan penuh daripada individu serta para saintis tempatan dan luar negara yang menggesa supaya ia digantikan dengan kaedah alternatif pelupusan sampah sepertimana yang digunakan di negara-negara sedang membangunan.
Penduduknya juga berulangkali mendakwa berita mengenai bantahan mereka terhadap projek tersebut tidak mendapat tempat dalam media cetak dan elektronik tempatan, sejak dua tahun lalu.
Berikutan satu aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Januari lalu mengenai perkara tersebut tetapi sehingga ini tiada sebarang perkembangan mengenainya.
Dalam suratnya bertarikh 4 November lalu, DOE telah memaklumkan kepada jawatankuasa kecil Broga bahawa EIA bagi cadangan pembinaan tempat tanaman pelupusan sampah di kawasan berhampiran, telah ditolak pada 13 September.
Kawasan Broga juga menjadi tapak bagi pembinaan kampus pertama Universiti Nottingham di luar United Kingdom.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.