Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chang merungut satu sel dengan pesakit HIV, tibi

Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, merungut kerana terpaksa berkongsi sel dengan pesakit HIV dan batuk kering.

Chang berkata demikian selepas mahkamah enggan membuat keputusan hari ini sama ada pendakwaan terhadapnya dan anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jatuh bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

“Saya tinggal dalam sel dengan golongan ini dan kamu mahu saya tunggu lagi dua minggu,” katanya.

Beliau juga mendakwa terdapat tahanan yang dibawa keluar daripada sel menjadi lumpuh dan penghuni lain terpaksa membersihkannya dan memberi makan.

“Cuba pergi dan lawat penjara,” kata peguam, yang dituduh bersama Khairuddin ( gambar ) cuba mensabotaj negara kerana membuat laporan berkaitan 1MDB di pelbagai negara.

Hakim Mohd Azman Husin selepas mendengar penghujahan hari ini berkata beliau perlukan dua minggu untuk membuat keputusan kerana akan bercuti minggu depan.

Beliau berkata akan menyampaikan keputusannya pada 18 November.

Hakim Azman juga tidak membenarkan permohonan peguam Hanif Khatri Abdullah untuk membenarkan jaminan interim kepada Chang dan Khairuddin sementara menunggu keputusan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS