Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arul: Saya hormat Rafizi tapi speaker tak bagi debat
Diterbitkan:  Nov 5, 2015 3:58 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata beliau tidak akan berdebat dengan anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli, yang diminta menggantikan rakan sejawatnya di Dewan Rakyat Tony Pua.

Ini, kata Arul, bagi menghormati keputusan speaker bahawa sebarang debat harus berlangsung selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu 1MDB.

“Saya hormat Rafizi sebagai lawan yang hebat. Beliau pendebat yang baik, pemidato hebat dan budiman. Saya suka bertembung dengannya pada zaman-zaman muda kami.

“Bagaimanapun, speaker adalah pemutus muktamad dalam hal ehwal parlimen.

“Beliau (speaker) memutuskan tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlangsung selepas pendengaran PAC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika baru dilantik menerajui 1MDB, Rafizi pada Januari lalu telah berikrar tidak akan “menahan serangan” terhadap Arul.

Rafizi mendedahkan beliau dan Arul saling kenal mengenali setelah sama-sama menyambung pelajaran ke United Kingdom pada masa yang sama sebelum ini.

Sementara itu, Arul berkata 1MDB akan memberikan reaksi terhadap soalan disenaraikan Pua sebelum ini.

Rafizi, calon baru yang direstui Pakatan Harapan, hari ini diumumkan oleh anggota parlimen Seremban Anthony Loke di lobi Parlimen.

Rafizi berharap debat itu boleh diadakan pada kadar segera.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS