Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inggeris prasyarat penting pasaran kerja, kata Najib

Tidak boleh dinafikan kenyataan bahawa bahasa Inggeris adalah prasyarat penting dalam pasaran kerja hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berucap pada majlis perjumpaan khas perdana menteri bersama peserta-peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini , katanya majikan mencari graduan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu berkomunikasi, terutama dalam bahasa Inggeris.

"Suka atau tidak, bahasa Inggeris adalah pra-syarat dalam dunia hari ini, jadi kita idak boleh menjadi emosional atau merasakan bahawa kita tidak perlu belajar bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah pra-syarat bagi kita bergerak ke hadapan [...]

"Jadi untuk identiti bangsa, kita memerlukan bahasa kebangsaan. Ini juga adalah pra-syarat. Tetapi bagi kita bergerak ke hadapan, bersaing dengan negara lain di dunia, kita memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang baik," katanya.

Oleh itu, menurut Najib sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama antara pihak universiti dan industri untuk melahirkan graduan-graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Ini adalah kerjasama akademia dan pasaran, semua program mesti kita dasarkan kepada dua aspek ini iaitu perancangan universiti dan kehendak pasaran,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS