Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini mengingatkan kakitangan awam bahawa berkhidmat kepada negara lebih penting daripada ideologi politik.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ia wajar campur tangan politik dalam pentadbiran awam.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus dan integriti itu juga berpegang bahawa kakitangan awam perlu bersikap profesional walaupun mereka mungkin mempunyai kecenderungan politik masing-masing.
"Mereka mungkin mempunyai keutamaan politik sendiri, tetapi apabila anda bekerja, lakukannya demi negara," katanya kepada pemberita di selepas Konvensyen Integriti Nasional di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, adalah penting bagi kakitangan awam memisahkan pendapat politik dari kerja.
"(Kita mesti) lakukan kerja dengan adil, objektif dan apa demi kepentingan rakyat serta kerajaan. Itulah garis panduannya," kata Low.
