Parlimen hari ini mengehadkan jumlah petugas media yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat kepada tiga anggota bagi setiap agensi.

Ini termasuk jurugambar dan juruvideo.

Dalam satu kenyataan yang hari ini, jabatan komunikasi korporat Parlimen berkata arahan itu akan dikuatkuasakan bermula Isnin depan.

"Keputusan ini telah diambil berikutan masalah kekangan ruangan kerja yang amat kritikal sepanjang kerja-kerja menaik taraf kompleks Parlimen yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018,” kata kenyataan itu.

Pada awal sesi Parlimen kali ini, semua media ditempatkan di ruangan sempit di obi Parlimen, supaya membolehkan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas mereka pada sayap bangunan yang bersebelahan.

Sebelum ini media dibenarkan bertugas di kedua-dua sayap, dengan ruang sidang akhbar khas ditempatkan pada sebelah kanan.

Sebelum ini pada 2008, kira-kira 100 wartawan mengadakan boikot selepas parlimen tidak membenarkan akses ke lobi dan menghadkan hanya lima petugas media dibenarkan membuat liputan bagi setiap agensi.

Dalam protes itu , wartawan media cet

ak, dalam talian dan elektronik memutuskan untuk hanya meliputi prosiding di Dewan Rakyat dan memboikot semua sidang akhbar atau acara yang diadakan di luar dewan.

Ini memberi kesan ke atas sidang akhbar yang diadakan termasuk oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Boikot berkenaan berakhir sehari kemudian apabila sekatan ditarik balik.

[Baca berita penuh]