Pekerja Low Yat dakwa kena tumbuk

   

Polis telah menangkap seorang lelaki 27 tahun selepas didakwa menumbuk seorang pekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, dalam kejadian awal malam ini, pekerja 23 tahun itu mengadu ditumbuk di bahagian mula beberapa kali sehingga cedera ringan.

Suspek pada mulanya dikatanya datang ke kedai pengadu untuk mencari seorang rakan pengadu tetapi dia tidak ada pada masa itu.

Menurut fakta kes, suspek melepaskan tumbukan itu selepas bertanya waktu kerja rakan pengadu pada keesokan hari.

Bagaimanapun, ketika memberitahu rakan sekerjanya berkaitan insiden itu, dia dimarahi suspek yang menunjukkan tatu di lengan dan bertanya "kau kenal aku siapa?”

Suspek mempunyai rekod lampau dalam kes dadah dan curi.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In