Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin buruk lahir dari demokrasi disalah guna

Sistem demokrasi tidak menjamin seseorang boleh mengangkat pemimpin yang baik, terutama apabila sistem yang dilaksanakan itu disalah guna, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri keempat Malaysia itu, kadang-kadang rakyat berpeluang mendapat pemimpin yang baik namun pada ketika lain, ada pemimpin yang sangat teruk dalam negara demokratik.

"Demokrasi yang dicipta untuk memberikan rakyat kepimpinan yang baik sudah disalah guna kerana orang ramai atau pengundi tidak memikirkan apa yang baik untuk negara, sebaliknya memikirkan apa yang baik untuk diri sendiri.

"Pilihan yang ada bukan lagi memilih pemimpin yang baik, tetapi memilih orang yang anda rasa boleh dipergunakan untuk kepentingan peribadi," katanya dalam ucapan sempena pelancaran Persatuan Trailblazers Malaysia hari ini.

Walaupun kenyataan itu dibuat secara umum, ia boleh dikaitkan dengan perkembangan semasa kerana Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Dr Mahathir, kerana itulah dalam sistem demokrasi pun, kadang-kadang rakyat mendapat pemimpin yang buruk.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS