Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau mendedahkan bahawa dirinya adalah sasaran pengganas untuk membuktikan serangan maut di maut di Paris, Perancis pada Sabtu lalu adalah “membimbangkan”.

Justeru, katanya semua pihak tidak seharusnya memandang ringan keselamatan negara.

"Semua pihak tidak boleh mengambil ringan ancaman yang kita hadapi, terutamanya dalam konteks Negara Islam (IS)," kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa dirinya menunggu sebegitu lama untuk mendedahkan bahawa beliau adalah sasaran pengganas, selepas mengetahui mengenainya sejak Jun lalu.

Hishammuddin juga berkata, beberapa menteri kabinet adalah juga sasaran IS tetapi enggan menamakan mereka.

Ditanya kenapa Malaysia menjadi sasaran, beliau berkata ia adalah kerana negara ini mengamalkan Islam yang sederhana.

"Segala yang bertentangan dengan IS adalah pendirian Malaysia," katanya.

Di sebalik betapa seriusnya ancaman berkenaan, Hishammuddin berkata Malaysia tidak gentar dengan membatalkan sidang kemuncak Asean yang akan datang.

Menurutnya, Malaysia juga akan berkongsi maklumat risikan dengan Perancis untuk menentukan bagaimana pengganas berjaya menyelinap ke Paris.

Tambahnya, usaha menakut-nakutkan Malaysia tidak akan berjaya.

"Bagi saya sesiapa yang cuba mengancam, atau menakutkan kita, tidak akan berjaya kerana kesungguhan kita.

"Walaupun pendekatan mereka berbeza dari masa lalu apabila kita menghadapi Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah, Mat Selamat dan Nordin Mat Top, semuanya tiada berbeza dalam konteks bahawa apabila kita melawan mereka, kita akan memerangi mereka hingga akhir," katanya.