Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anak beruang panda yang dilahirkan di Zoo Negara pada 18 Ogos lalu dipamerkan kepada pengunjung hari ini.

Anak pasangan Liang-liang dan Xing-xing itu dalam keadaan sihat selepas hampir tiga bulan dikuarantin.

Ia dikuarantinkan bersama ibunya Liang-liang bagi memberi masa kepada panda betina itu kembali ke tabiat normal serta menjalin hubungan dengan anaknya.

Kelahiran anak panda pertama ini juga menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semula jadi dalam kurungan dengan hanya tempoh 15 bulan selepas dipinjamkan oleh China.

Sehubungan itu, sempena kelahiran tersebut, Zoo Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Zoological Society (MZS) mengadakan pertandingan menamakan anak panda.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar, pertandingan itu boleh disertai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Bagaimanapun, beliau menetapkan agar nama tersebut mestilah asli serta mempunyai makna yang cantik.

"Semua orang boleh terlibat. Tapi nama kena nama Cina dan ada makna yang cantik serta asli.

"Tak nak nama ciplak (tiruan) dan kena ada makna kerana nanti akan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu," katanya dalam sidang media di Zoo Negara hari ini.

Pertandingan itu akan berlangsung dari 17 November hingga 17 Disember.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau http://nre.gov.my/sites/pandamalaysia .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS