'Jelaskan projek 1MDB-DuSable, jangan sampai kami tanya Obama’

Kow Gah Chie        

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menggesa 1MDB dan DuSable Capital Management untuk berterus terang mengenai projek usaha sama loji kuasa solar 50MW di Kedah atau menghadapi risiko Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama diasak apabila beliau melawat Malaysia minggu depan.

"Saya masih menunggu jawapan dari 1MDB-DuSable mengenai keuntungan AS$69 juta (RM300 juta) yang diperolehi oleh Yurus Private Equity Fund dalam masa kurang enam bulan," katanya, hari ini.

1MDB mengakui bahawa syarikat pelaburan negara itu menerusi unitnya 1MDB Synergy Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian usaha sama induk bersama Yurus PE Fund untuk membangunkan projek kilang solar pada bulan April 2014.

Yurus PE Fund diuruskan syarikat DuSable yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Frank White, ketua mengutip dana politik untuk Obama.

"Saya harap semua jawapan berhubung soalan-soalan berhubung 1MDB dan DuSable boleh diberikan supaya kami tidak perlu berjumpa Obama untuk bertanyakan soalan-soalan yang memalukan ini," kata Wong pada sidang media di lobi parlimen.

"Demi diplomasi, saya tahu Sidang Kemuncak Asean adalah penting dan adalah mengenai isu-isu lain. Tetapi saya fikir ia adalah penting bahawa kami mendapatkan jawapan yang jelas daripada 1MDB dan DuSable supaya tidak memalukan Presiden Amerika Syarikat apabila dia tiba di Malaysia,” katanya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In