ADUN BN di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menolak dakwaan kerajaan negeri bahawa projek penambakan tanah di Permatang Damar Laut masih belum dimuktamadkan.

Ketua Pembangkang Negeri Datuk Jahara Hamid berkata konsortium, SRS telah diberi tugas membangunkan Pelan Induk Pengangkutan bagi kawasan di hujung selatan negeri itu pada Ogos tahun ini dan pelan penambakan telah dilaksanakan sejak 2013.

Pelan Induk Pengangkutan adalah projek RM27 bilion untuk menangani masalah lalu lintas dan pengangkutan di Pulau Pinang dengan membina tiga lebuh raya utama dan terowong di dasar laut yang menghubungkan pulau berkenaan dengan tanah besar di Butterworth.

"Semua yang telah dimuktamadkan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini. Sidang DUN akan ditangguhkan Jumaat ini.

"Mana fakta awak? Ambil perhatian kebimbangan rakyat, kerana projek itu akan memberi kesan kepada kehidupan 300 nelayan. Kesannya besar," kata Jahara (Umno-Teluk Ayer Tawar).

Beliau berkata demikian ketika merujuk kebimbangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang berhubung projek penambakan di sepanjang pantai di Batu Maung.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini menasihakan NGO alam sekitar supaya tidak membuat spekulasi mengenai projek-projek yang belum dimuktamadkan.

Sebaliknya, Lim menggesa aktivis untuk melawat Kelantan, di mana pembalakan hutan dikatakan dilakukan secara berlebihan sehingga dipercayai menjadi punca banjir besar di negeri itu, tahun lalu.

[Baca berita penuh]