Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wisma Putra: Ubah suai bangunan di Washington tak sesuai
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 5:48 AM
Dikemaskini: Nov 25, 2015 3:09 AM

Kementerian Luar menjelaskan kementerian itu telah mengubah suai dua bangunan di Washington DC untuk dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan tetapi kemudian ia dianggap tidak sesuai bagi tujuan tersebut.

Mengulas laporan media tempatan mengenai bangunan di Washington DC yang dibiar kosong selepas proses pengubahsuaian berharga RM14 juta, kementerian itu berkata ia berikutan peraturan baharu yang dikenakan pihak berkuasa tempatan wilayah Columbia.

"Bagi memastikan imej positif Kedutaan Malaysia, kementerian melakukan pengubahsuaian di kedua-dua bangunan, Annex 1 dan Annex 2, pada 2010 untukdijadikan pusat pendidikan dan pelancongan.

"Bangunan itu terletak di kawasan perumahan dan dianggap tidak sesuai dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan," kata kementerian dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu juga menambah hartanah itu masih diselenggara dengan baik selaras dengan peraturan tempatan yang memerlukan pemilik bangunan kosong memastikan beberapa penyelenggaraan asas termasuk sampah, sistem perparitan, balkoni dan cerobong.

Menurut kementerian, selepas proses panjang mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, kedua-dua bangunan itu kini diubah suai menjadi unit rumah petugas tempatan selaras dengan undang-undang zon Columbia bagi memulihara nilai warisan bangunan.

"Pengubahsuaian dua bangunan berkenaan yang dilaksanakan mengikut jadual akan siap pada pertengahan 2016. Ketika proses ubah suai itu, ia tidak boleh didiami kerana melanggar peraturan bangunan tempatan termasuk kesihatan dan keselamatan," tambah kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS