Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Scissors salad': Staf parlimen perlu lebih hati-hati
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 11:44 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee mengingatkan kakitangan Parlimen supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kesilapan bahasa sekali lagi.

Ia dibangkitkan selepas sekeping gambar menu makan malam pegawai kanan parlimen yang tertulis “scissors salad” telah viral dalam media sosial malam tadi.

"Saya kebetulan hadir di majlis tersebut. Saya sahkan tiada gunting dalam salad berkenaan tetapi 'Caesar Salad' yang biasa.

"Walaupun ini satu kesilapan yang melucukan yang dilakukan oleh katerer, tetapi sebagai sebuah institusi yang penting staf Parlimen haruslah lebih berhati-hati agar kesilapan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang," katanya Kiandee dalam Facebook nya.

Sekeping foto menu di mana "Ceaser Salad" disebut sebagai "Scissors Salad" tersebar meluas malam tadi dan mengundang perhatian beberapa ahli politik.

Antaranya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menyiarkan gambar semangkuk salad berbentuk seperti gunting di Twitter.

Satu lagi kesalahan dikenalpasti mengenai menu "creme brulee" yang tersalah eja.

Lihat Komen
ADS